Pelajar RTMS 13 Orang




Semalam dan hari ini, kita telah menerima pelajar baru seramai 4 orang. Kini, pelajar RTMS berjumlah 13 orang, bermakna kuota pengambilan pelajar ke RTMS hanya berbaki 7 orang lagi untuk sesi pengambilan perintis. Kemasukan seterusnya hanya akan dibuat selepas asrama pelajar siap dibina. Dengan adanya penambahan pelajar ini, muslimin dan muslimat dialu-alukan menaja para pelajar yang ada. Untuk tujuan ini, sila hubungi kami di talian telefon atau WhatsApp.

Tel/WhatsApp 019-8827449

Persatuan Pendakwah Islam Sabah
Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.

Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818
Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 1001602096785-6

Mohon Maaf


PPIS mohon maaf atas penolakan permohonan dalam kalangan muslimah untuk belajar di RTMS. Buat masa ini, pihak kami tidak dapat menerima kemasukan disebabkan asrama untuk muslimah belum dapat disediakan. Pelajar rintis yang ada sekarang kami tempatkan di rumah pusaka pemilik tanah. Bagaimanapun, kami sedang berusaha mencari dana pembinaan asrama sebagaimana dirancang.

PPIS Menawarkan



Antara aduan yang sering diajukan kepada pendakwah ialah, tiada imam atau pengajar yang dapat memimpin solat sekali gus mengajar di kawasan pengadu. Begitu ketika kenduri kendara, masyarakat kampung terpaksa menjemput imam yang tinggal jauh, bukan di tempat atau kampung mereka.


PPIS kini menawarkan 1 cara untuk mengatasi masalah ini. Sebagaimana hebahan PPIS di kampung-kampung yang telah kami datangi, kami alu-alukan 1 atau 2 orang penduduk asal kampung ke RTMS untuk belajar bacaan-bacaan solat dan bacaan doa kenduri kendara dengan betul. Kaedah pembelajaran hafalan untuk tujuan ini sekurang-kurangnya 3 hari.

Dua buah rumah usang lagi dhaif perlukan bantuan kemanusiaan


Kisah kedua berlaku dalam perjalanan kembali ke Kg. Tanid dari Kg. Linampasan. Kami sempatkan diri menziarahi 2 buah rumah usang. 

Salah satu darinya dinding sudah berlubang, ruang rumah tanpa bilik, bahkan struktur dirian rumahnya juga agak condong, hampir menyembah bumi.

Luluh hati melihat suasana itu. Terdetik di hati, sampai bila mereka disisih dari pembelaan pihak berkaitan. Persoalan bercabang mula bermain di fikiran. 

Hanya menunggu saat dan waktu dipertemukan dengan pihak berwajib. In syaa Allah, akan saya utarakan persoalan-persoalan tanpa jawapan ini.

Rumah dhaif ini sangat memerlukan bantuan
Di rumah yang saya maksudkan. Saya bersama seorang wakil BAKIP naik melihat sendiri keadaan rumah dhaif itu. 

Kemudian, kami serahkan bungkusan beras dan makanan kering selesai bertanya khabar dan memberi sedikit makluman tentang sumbangan yang kami bawa.

Selepas bungkusan berpindah tangan, kami mohon balik.

Saya dan saudara Albaston bergegas kembali ke kereta. Orang rumah yang turut datang mengambil gambar pula agak terkebelakang. Sampainya di kereta membawa genangan air mata dan cerita.

Mendengar kisah ringkas, saya turut sebak. Izlynn yang duduk di belakang juga rasanya turut sebak.

Apa tidaknya, ketika orang rumah mahu meninggalkan rumah usang itu, dia terdengar suara Si Anak " mak, ada sudah baras kita mo makan ni malam kan?".

Kata-kata Si Kecil menyentak kalbu. Entah berapa lama perut mereka tidak disinggahi nasi.

Nazri Abdullah.

http://dengaralquran.com/

Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818
Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 1001602096785-6


Sama-sama mengambil peluang menambah saham akhirat


Penghantaran zink, papan lapis dan paku untuk pembinaan surau Kg.Linampasan. Surau ini surau pertama dibina sejak kampung ini diterokai. Kerja-kerja mengangkat kayu, pasir dan batu sedang diusahakan oleh penduduk di sini. Mari kita sama-sama mengambil peluang menambah saham akhirat meski dengan RM1, pemikiran, tenaga, doa dan sebagainya. Terima kasih kepada grup FB Titian Kasih yang turut bertungkus-lumus mendanai pembangunan surau ini.

http://dengaralquran.com/

Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 560269002818
Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 1001602096785-6

Mesyuarat AMT PPIS 2014


Makluman kepada semua AMT PPIS 2013 -2014, satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit yang berkaitan.

Ketetapan mesyuarat tersebut adalah seperti berikut;

Tarikh: 29 Mei 2014 (Khamis)
Tempat: Rumah Transit Mualaf Sabah, Lohan (Ranau)

Semua AMT dimestikan hadir. Jumpa di RTMS.

Kunjungan sahabat fb ke RTMS



Alhamdulillah, petang hari ini sahabat FB daripada Kota Kinabalu telah berkunjung ke RTMS untuk menyampaikan sumbangan kain baju terpakai serta mozek untuk ruang beranda bangunan awam.

Kepada yang terlibat, PPIS merakamkan berbanyak terima kasih. In syaa Allah, pakaian-pakaian ini akan kita agihkan kepada mereka yang memerlukan di beberapa kampung kawasan pedalaman.

Muslimin dan muslimat, kami mengalu-alukan kedatangan saudara sekalian ke RTMS sempena musim cuti sekolah ini.

http://dengaralquran.com/

Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 560269002818
Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 1001602096785-6