Memberi Makan Sesama Mukmin


Diriwayatkan dari Umar bin Khaththab, katanya Rasulullah pernah ditanya oleh orang, manakah amalan yang paling utama. Sabdanya : “ Iaitu engkau memasukkan rasa gembira kepada seorang mukmin dengan jalan engkau memberinya makan ketika ia dalam keadaan lapar; atau memberinya pakaian ketika ia dalam keadaan telanjang; atau engkau mahu membantu memenuhi keperluannya .”  ( HR Thabrani di dalam Kitab Ausath )

Juga diriwayatkan oleh Abu Syaikh di dalam Tasawab hadith dari Ibnu Amr disebutkan dalam riwayat itu “ Amal yang paling dicintai oleh Allah adalah memasukkan rasa kegembiraan pada waktu seorang muslim atau menyingkirkan kesusahan dari dirinya atau mengusir rasa lapar dari dirinya atau engkau turut membantu melunasi hutangnya .”