Mohd. Nadzir Shafie turut turun bertandang ke tapak


Bergotong royong mengangkat pasir daripada sungai berhampiran manakala kumpulan satu lagi menebang kayu di hutan untuk tiang dan gelagar surau. In syaa Allah, dalam waktu terdekat kita akan menghantar lagi bekalan minyak petrol kepada mereka untuk mesin pemotong kayu. Batu blok dan simen pula telahpun sampai ke tapak binaan.
Rentetan pos bertarikh 20 April 2014 di fb PPIS, berkaitan pengumpulan dana bagi pembinaan surau Kg. Linampasan dalam mukim Malinsau seperti tautan yang disertakan maka, atas usaha saudara Mohd. Nadzir Shafie dan para penyumbang, alhamdulillah, kita telah menerima RM3000 lagi sumbangan untuk surau ini. 

Difahamkan juga bahawa pembinaan surau yang didirikan secara gotong-royong ini bakal dibiaya oleh seorang hamba Allah. 

Rombongan Titian Kasih yang diketuai saudara Mohd. Nadzir Shafie turut turun bertandang ke tapak ini sekali gus mengagihkan buku-buku asas Fardhu Ain, buku-buku panduan solat serta beberapa peralatan keperluan. Beberapa kampung di mukim ini akan turut dikunjungi pada 24 Mei itu nanti.

PPIS mengucapkan terima kasih atas keprihatinan para penyumbang dan penggerak uncang ini dalam membantu masyarakat Islam di pedalaman.