- Membantu jabatan agama melaksanakan program dakwah khususnya di kawasan pedalaman negeri Sabah.
- Memberi khidmat kaunseling kepada saudara baru khususnya yang sedang atau bakal berurusan dengan jabatan agama atau mahkamah syariah.
- Memberi latihan dalam bidang pengucapan umum ( ceramah ) kepada belia dan beliawanis yang berminat menjadi da’ie ( pendakwah )
- Menjadi penghubung dan penyelaras program dakwah kepada tokoh-tokoh pendakwah
- Membina dan membangunkan majalah, akhbar, TV dan Radio online.
- Menyelaras dan menganjur program kesenian Islam.
- Mengadakan jaringan dakwah dengan badan-badan NGO dan pondok-pondok pengajian Islam
- Menyedikan terjemahan teks khutbah Jumaat dan kitab-kitab Islam dalam bahasa tempatan Sabah
- Membina pusat pengumpulan sumbangan seperti buku terpakai dan sebagainya
- Membina mini perpustakaan Islam di setiap surau khususnya kawasan pedalaman Sabah.
- Menganjurkan karnival dakwah Sabah
- Menyediakan kertas cadangan dakwah kepada pihak jabatan agama dan kerajaan
- Melahirkan pendakwah atau da’ie yang berkemampuan serta terlatih dalam pengucapan umum sekali gus menguasai bahasa tempatan Sabah
- Mengadakan kenderaan pacuan 4 x 4 untuk kawasan perbukitan di Sabah.
- Membina pusat pendidikan Islam khususnya untuk para mualaf Sabah.
“ MATI DI JALAN ALLAH CITA-CITA KAMI ”