Penajaan Makan Minum Pelajar RTMS







Muslimin muslimat yang kami hormati di mana jua kalian berada. Kami ingin mengajak para muslimin dan muslimat bersama-sama kami dalam usaha kecil memberikan pendidikan Islam kepada para pelajar RTMS yang memerlukan pembiayaan makan minum mereka berkadar RM5 sehari untuk setiap seorang; pemakanan 2 kali sehari iaitu makan pagi merangkap tengahari dan makan petang merangkap malam ( pelajar masak sendiri).
Penajaan dan kebersamaan ini penting kerana pihak RTMS
tidak mengenakan sebarang yuran atau bayaran kepada para pelajar RTMS. Hebahan berkaitan perkara ini telahpun kita buat sejak kita mula menerima pelajar, di awal pembukaan RTMS sehinggalah kini dengan tujuan agar masyarakat Islam sama-sama mengambil peduli terhadap kepentingan sistem Pendidikan Islam dalam kalangan asnaf yang jauh tertinggal. Selain itu, kita berharap agar seluruh muslimin dan muslimat dapat bersama-sama mengaut keuntungan pahala yang Allah janjikan. Ikhtiar lain, kita juga telah meletakkan tabung infaq di beberapa premis untuk tujuan yang sama di sekitar Ranau, Keningau, Kota Marudu dan Kota Kinabalu. In syaa Allah, kita akan letakkan juga di beberapa daerah selepas ini.
Akhir sekali, untuk mendapatkan berita dan info semasa RTMS silalah berkunjung ke laman utama FB kami di Persatuan Pendakwah Islam Sabah. Pelbagai berita dan peristiwa semasa berkaitan RTMS dipaparkan di sini. Begitu, kami sangat perlukan sokongan dan bantuan semua pihak.
Terima kasih. JazaakumulLah khairal jazaa'.

PERLUKAN BANTUAN SEGERA


Makluman. Alhamdulillah sesi pembelajaran tahun 2019 merupakan tahun ke-2 RTMS menumpukan kelas pra tahfiz secara serius. Kelas yang berpusat di RTMS Kg. Lohan II ini, sebagaimana pengetahuan umum telahpun melahirkan beberapa pelajar yang telah mampu menghafaz 1 hingga 9 juz sepanjang operasian kelas ini.

Begitu, kita komited mengadakan maahad tahfiz berasingan dengan RTMS untuk sesi pengajian tahfiz 2019. Keputusan ini, ekoran kita mendapat kepercayaan seorang dermawan yang telah mewakafkan bangunan ini ( dalam gambar ) kepada PPIS. Dalam mesyuarat pengurusan terkini, in syaa Allah, kita bakal jadikan tempat ini pusat tahfiz sebagai kelangsungan kelas yang telah kita laksanakan sebelum ini.

Oleh yang demikian, kami mengajak muslimin dan muslimat untuk bersama kami menyiapkan beberapa perkara untuk mencapai tujuan pewujudan pusat ini secara berperingkat. Untuk permulaan, infaq kita buka kepada awam untuk perkara berikut:

1. Pembuatan tandas pelajar sebanyak 4 unit.
2. Tangki air, 4 buah
3. Pondok kediaman pelajar, 4 buah
4. Sebuah mini surau pelajar
5. Pemasangan paip graviti dan elektrik

Untuk tujuan ini, muslimin dan muslimat bolehlah berinfaq dengan menyalurkan infaqan berbentuk kewangan ke akaun rasmi seperti dilampirkan. Sementara yang berbentuk bahan untuk binaan pula bolehlah dihantar terus ke lokasi pembinaan dengan menghubungi talian 0198827449.

MAYBANK Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818
BANK ISLAM Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 1001602096785-6
CIMB Rumah Transit Mualaf Sabah - 8602576438
BSN Rumah Transit Mualaf Sabah - 1211141000126874
Bank Muamalat Rumah Transit Mualaf Sabah - 10010002714711

Sekian untuk hebahan. JazaakumulLah khairal jazaa'.



PEMBINAAN ASRAMA PELAJAR RTMS





Alhamdulillah. Pertambahan pelajar RTMS kepada 45 orang kini, menyaksikan kesemua bangunan sedia ada RTMS dihuni sepenuhnya oleh para pelajar. Begitu, kita amat bersyukur kerana ruang dan bangunan yang ada, benar-benar dimanfaatkan, dan, inilah saham-saham akhirat kita semua.

Pun, dalam waktu sama, ada puluhan lagi di luar sana yang sedang menanti justeru ingin memasuki RTMS. Kita terpaksa menunda kemasukan mereka berikutan ketiadaan bangunan asrama khas sebagaimana kita rancang.
Sementara itu, rumah guru dan rumah tamu yang ada, kita jadikan asrama sementara.

Atas kepentingan pendidikan dalam kalangan saudara baru dan umat Islam yang kita perjuangkan, maka bermula Ogos 2016 kita sasarkan untuk memulakan pembinaan asrama RTMS. Niat ini kita mulai dengan mendirikan tiang utama dan memasang atap. Inilah tanda komitmen kita mahu melihat asrama lelaki dan perempuan terbangun di RTMS.

Kerja-kerja penyiapan asrama ini kita sasarkan pada tahun 2017. Dengan bermula pos ini, kita secara rasmi melancarkan tabung pengumpulan dana pembangunan RTMS Fasa II.

Target masa pengumpulan dana bagi fasa II ini adalah tiga bulan. Daripada jumlah terkumpul itu nanti, kita akan mulakan pembinaan dan begitulah seterusnya tanpa menyasarkan jumlah infakan setiap pelabur saham akhirat. Bahkan sen sekalipun kita terima. Salurkan ke mana-mana, tiga buah akaun yang kami sertakan ini
Akhir sekali, sebarang pertanyaan pembangunan yang kita lancarkan ini, teruslah berhubung ke nombor telefon yang kami sertakan. Sebagai makluman, pihak kami tidak melantik wakil informa, pengutip dana dan seumpamanya.

Muslimin dan muslimat dialu-alukan mengongsi gambar-gambar projek pembangunan asrama ini. Bagaimanapun, sebarang pengubahsuaian seperti penambahan atau pengurangan gambar adalah tidak dibenarkan sama sekali.

l RTMS; 088 - 875431/012-8238229
Tel/WhatsApp; 019-8827449
Persatuan Pendakwah Islam Sabah
Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.
Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818 Bank Islam -
1001602096785-6 CIMB Rumah Transit Mualaf Sabah - 8602576438



Kg. Monggis Perlukan Sumbangan Bina Surau



Saham Akhirat







Alhamdulillah, bangunan yang bersambung dengan surau kini dalam proses pemasangan atap. Kelewatan pemasangan disebabkan kita masih dalam proses pengumpulan dana yang disumbangkan para dermawan menerusi akaun PPIS, sepertimana yang selalu dikongsikan. Penambahan bangunan di bahagian atas akan menempatkan 3 ruang bilik iaitu ruang mini perpustakaan dan 2 buah bilik tamu lelaki. Sementara di bahagian bawah kita jadikan penempatan pelajar sedia ada yang kini tinggal di surau. Kita masih memerlukan sejumlah dana untuk siapkan bangunan ini. Mohon kepada semua agar info ini dikongsikan di dinding FB masing-masing. Atas perhatian dan bantuan semua, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang dapat nembalas kebaikan saudara-saudara sekalian.


Tel RTMS; 088 - 875431Tel/WhatsApp; 019-8827449


Persatuan Pendakwah Islam SabahPeti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.


Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 1001602096785-6

Program Berkhatan



Syukur kepada Allah. Hari ini, kita sempurnakan program berkhatan seramai 12 orang bertempat di Mini Dewan RTMS. Program ini adalah penutup keberadaan mereka di RTMS sepanjang tempoh pembelajaran mereka semasa cuti sekolah. Selain dikhatan, mereka turut mendapat keperluan untuk memulakan sesi persekolahan 2015 mereka seperti beg, kasut dan alat tulis. Selepas ini, mereka akan balik ke kampung masing-masing. Sepanjang berada di RTMS, hampir sebulan mereka mempraktikkan solat. Begitu buku Iqra, mereka turut menelaahnya seperti dibuat pelajar-pelajar kekal RTMS. Kepada penyumbang yang tidak jemu-jemu menyokong PPIS, kami rakamkan ucapan berbanyak terima kasih. Pulang mereka ke kampung halaman kali ini, sekurang-kurangnya sedikit bebanan ibu bapa mereka telah diringankan. Alhamdulillah.

Tel/WhatsApp 019-8827449

Persatuan Pendakwah Islam Sabah
Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.

Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818
Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 1001602096785-6

Pra Tahfiz



Alhamdulillah, dua orang pelajar yang telah menamatkan Iqra 6 ini sangat berhajat meneruskan pembelajaran dalam hafazan Qur'an.

Salah seorang daripada mereka, adik Henderius yang sebelum ini sudahpun menghafaz 4 juz semasa berada di Madrasah Tahfiz Putatan milik ustaz Hanzalah al-hafiz dan tidak dapat meneruskan pembelajaran di sana, kini mengikuti jejak adiknya belajar di RTMS.

Mereka menjadi pemangkin semangat untuk kita mewujudkan Kelas Tahfiz di RTMS. Dua pelajar lagi kita serapkan ke kelas Pra Tahfiz ini kerana mereka sangat cenderung ke hafazan. Mereka bertiga menjadi hufaz perintis RTMS. Mudah-mudahan dengan kelahiran kelas ini niat dan hasrat kita mewujudkan kelas tahfiz terlaksana dengan kedatangan guru khas yang berpengalaman dalam bidang ini.

Di pihak PPIS yang tidak punya pengalaman dalam bidang ini, sudah tentu akan berhadapan dengan pelbagai kekurangan dan kelemahan. Pun, kita mengharap akan ada pihak yang tampil membantu hasrat kita dalam pencarian guru khas ini. Mudah-mudahan untuk tujuan ini, Allah membantu kita ke arah yang lebih baik lagi.

Tel/WhatsApp 019-8827449

Persatuan Pendakwah Islam Sabah
Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.

Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818

Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 1001602096785-6