Pra Tahfiz



Alhamdulillah, dua orang pelajar yang telah menamatkan Iqra 6 ini sangat berhajat meneruskan pembelajaran dalam hafazan Qur'an.

Salah seorang daripada mereka, adik Henderius yang sebelum ini sudahpun menghafaz 4 juz semasa berada di Madrasah Tahfiz Putatan milik ustaz Hanzalah al-hafiz dan tidak dapat meneruskan pembelajaran di sana, kini mengikuti jejak adiknya belajar di RTMS.

Mereka menjadi pemangkin semangat untuk kita mewujudkan Kelas Tahfiz di RTMS. Dua pelajar lagi kita serapkan ke kelas Pra Tahfiz ini kerana mereka sangat cenderung ke hafazan. Mereka bertiga menjadi hufaz perintis RTMS. Mudah-mudahan dengan kelahiran kelas ini niat dan hasrat kita mewujudkan kelas tahfiz terlaksana dengan kedatangan guru khas yang berpengalaman dalam bidang ini.

Di pihak PPIS yang tidak punya pengalaman dalam bidang ini, sudah tentu akan berhadapan dengan pelbagai kekurangan dan kelemahan. Pun, kita mengharap akan ada pihak yang tampil membantu hasrat kita dalam pencarian guru khas ini. Mudah-mudahan untuk tujuan ini, Allah membantu kita ke arah yang lebih baik lagi.

Tel/WhatsApp 019-8827449

Persatuan Pendakwah Islam Sabah
Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.

Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818

Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 1001602096785-6