TAWAU: YB Datuk Haji Tawfiq Datuk Haji Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kewangan Sabah akan menganjurkan siri ceramah Maulidur Rasul yang akan menampilkan Ustaz Abdul Halim Abas iaitu seorang pendakwah bebas sebagai penceramah dalam program tersebut.
Pendakwah terlibat secara langsung bekerjasama untuk menjayakan siri ceramah ini. Semua dijemput hadir khususnya penduduk setempat yang berhampiran di daerah Tawau untuk sama-sama mendengar dan menghayati pengisian ceramah tersebut.
Berikut adalah ketetapan tarikh, masa dan tempat siri ceramah ini.
27/1/13 [Ahad] - Masjid Kg. Batu Payung (8.00 pagi)
27/1/13 [Ahad] - Masjid Babul Khair Kg. Titingan (7.00 malam)
28/1/13 [Isnin] - Dewan Mini Kg. Gading (8.00 malam)