Kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, antara matlamat PENDAKWAH adalah mewujudkan mini perpustakaan di setiap surau kampung-kampung kawasan pedalaman Sabah.
PENDAKWAH dengan ini, melancarkan kempen satu orang, satu buku untuk projek amal MINI PERPUSTAKAAN ISLAM.
Projek ini akan memberi kemudahan kepada masyarakat Islam setempat mendapat bahan bacaan Islamik. Moga dengan terbangunnya MINI PERPUSTAKAAN ISLAM ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu penduduk setempat menambah ilmu pengetahuan.
Kepada yang ingin menyumbang buku untuk diwakafkan ke surau-surau kampung, sila hantarkan ke alamat Persatuan Pendakwah Islam Sabah, Peti Surat 1283, 89309 Ranau, Sabah atau hubungi Presiden di talian 019 882 7449.