Showing posts with label Rumah Transit Mualaf Sabah. Show all posts
Showing posts with label Rumah Transit Mualaf Sabah. Show all posts

Kunjungan sahabat fb ke RTMS



Alhamdulillah, petang hari ini sahabat FB daripada Kota Kinabalu telah berkunjung ke RTMS untuk menyampaikan sumbangan kain baju terpakai serta mozek untuk ruang beranda bangunan awam.

Kepada yang terlibat, PPIS merakamkan berbanyak terima kasih. In syaa Allah, pakaian-pakaian ini akan kita agihkan kepada mereka yang memerlukan di beberapa kampung kawasan pedalaman.

Muslimin dan muslimat, kami mengalu-alukan kedatangan saudara sekalian ke RTMS sempena musim cuti sekolah ini.

http://dengaralquran.com/

Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 560269002818
Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 1001602096785-6

Kerja melantai beranda surau RTMS



Kerja-kerja melantai bahagian ruang hadapan beranda surau. 

Ruang ini akan menjadi ruang pelbagai guna. Ia boleh memuatkan sekitar 130 kerusi dalam satu waktu. Ruang ini juga sesuai dijadikan ruang tempat mendirikan khemah.

Kerja meratakan kawasan RTMS



Segala pujian untuk Allah. Kerja-kerja merata kawasan RTMS siap semalam termasuklah kawasan penambahan blok tempat berwudhuk wanita. 

Kawasan-kawasan ini akan kita mampatkan dahulu tanahnya sebelum pembinaan dimulakan. 

Sementara itu, kita siapkan dahulu lantai mini dewan yang kita tangguhkan pembinaannya sebelum ini.

Surau RTMS (Rumah Transit Mualaf Sabah) siap sepenuhnya



Pembinaan surau kita telah siap sepenuhnya. Kepada semua yang terlibat langsung atau tidak, PPIS merakamkan terima kasih. 

Sesungguhnya, inilah surau kita. Kejayaan bersama ini sudah pasti punya harga di sisi Allah dan rasul-Nya.

Kepada yang terlibat, sudilah kiranya meluangkan masa melihat surau ini. Bila-bila waktu, kami selalu menanti dengan rasa gembira dan penuh mahabbah.

Kerja-kerja Baikpulih RTMS


Klik sini untuk melihat galeri gambar.
4 September 2013: Kerja-kerja baikpulih beberapa bahagian rumah di tapak Rumah Transit Mualaf Sabah (RTMS) sedang giat dilakukan. 

Pemasangan air paip ke tapak ini telahpun selesai dan akan menyusul pemasangan elektrik beserta tiang. 

Muslimin muslimat yang ingin sama-sama menginfakkan harta untuk pembinaan RTMS sangat dialu-alukan berbuat demikian dengan menyalurkannya di sini.