Menurut perempuan itu, oleh kerana dia melawan dan memberontak, air mani lelaki tersebut telah tertumpah dan mengotori pakaiannya.
Sebagai bukti, wanita itu menunjukkan pakaiannya yang terkena tumpahan cairan putih. Umar walau bagaimanapun tidak segera percaya terhadap wanita itu. Dan meminta pendapat Ali bin Abi Talib.
“Sirami tumpahan putih itu dengan air panas. Kalau kesan itu membeku, maka itu pasti putih telur. Kalau kesan itu hilang dan lumat bersama air, maka itu adalah air mani,” kata Ali.
Ketika kesan itu disiram air panas, ternyata ia membeku. Umar dan Ali pun memutuskan bahawa pengaduan wanita itu palsu.
“Bertakwalah kamu kepada Allah, wahai wanita! Pengaduanmu ternyata bohong dan tuduhanmu itu adalah palsu,” kata Umar kepada wanita itu sebagai menasihatinya.
Nota
Dalam Buku The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History, Umar Al-Khattab telah diletakkan dalam senarai 100 pemimpin agung dunia pada kedudukan ke-52 yang mana Rasulullah S.A.W adalah yang teragung. Buku ini ditulis oleh Michael H Hart.