Pada suatu hari, Umar al-Khattab memerlukan wang untuk keperluan peribadi. Dia menghubungi Abdurrahman bin 'Auf, sahabatnya yang berada, untuk meminjam sebanyak 400 dirham.
“Mengapa engkau meminjam dariku? Bukankah kunci Baitul Maal (perbendaharaan negara) berada di tanganmu? Mengapa engkau tidak meminjam dari sana?” Abdurrahman bertanya.
“Aku tidak mau meminjam dari Baitul Maal. Aku takut pada saat maut datang menghampiriku, engkau dan segenap kaum Muslimin menuduhku menggunakan wang Baitul Maal.
Jika hal itu terjadi, pasti amal kebajikanku diakhirat berkurangan.
Sedangkan kalau aku meminjam dari engkau, jika aku meninggal sebelum aku membayarny kembali, engkau dapat menagih hutangku dari ahli warisku,” Umar menjawab bagi menunjukkan bahawa beliau seorang pemimpin yang amanah.
Nota
Dalam Buku The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History, Umar Al-Khattab telah diletakkan dalam senarai 100 pemimpin agung dunia pada kedudukan ke-52 yang mana Rasulullah S.A.W adalah yang teragung. Buku ini ditulis oleh Michael H Hart.