Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari usahanya yang halal , maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan tangan kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah tabungnya yang sedikit, sampai menjadi gunung .” ( HR Bukhari dan Muslim )
Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .”
( HR Muslim dan Tirmidzi )
Dari Ibnu Mas’ud ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Siapakah di antara kamu yang hanya warisannya lebih dicintainya daripada harta sendiri?” Mereka menjawab : Wahai Rasulullah, tidaklah ada seorang di antara kami yang harta warisannya lebih dicintai dari hartanya sendiri. Lalu Nabi s.a.w bersabda “ Maka sesungguhnya yang menjadi harta seseorang adalah apa yang telah di[ersiapkan untuk akhiratnya dan harta warisannya adalah apa yang ia tinggalkan untuk ahli warisnya .” ( HR Bukhari dan Nasa’i )
Dari Ibnu Mas’ud, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Hendaklah seseorang diantara kamu memelihara dirinya dari api neraka, walaupun dengan memberikan sedekah sebiji kurma .”
( HR Ahmad dengan sanad sahih )
Dari Anas, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Sesungguhnya sedekah itu memadamkan kemarahan Tuhan dan mencegah kematian yang buruk .”
( HR Thabrani, dia menghasankannya dan disahkan oleh Ibnu Hiban )
Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Sungguh aku akan mengeluarkan sedekah , lalu ia berikan sedekah itu di tangan pencuri, kemudian besok paginya mereka memperkatakan peristiwa tersebut : “ Kamu semalam telah memberi sedekah kepada seorang pencuri .
Kemudian Nabi bersabda “ Wahai Tuhan, bagi-Mulah segala puji, kerana orang itu telah memberi sedekah kepada pencuri . Ia berkata : “ Sesungguhnya aku akan mengeluarkan sedekah; lalu ia keluarkan sedekahnya, kemudian ia berikan kepada seorang perempuan penzina. Lalu besok paginya mereka memperkatakan kejadian itu. Katanya : “ Engkau semalam memberikan sedekah kepada seorang perempuan zina .” Baginda bersabda : “ Wahai Tuhanku , bagi-Mulah segala puji, kerana sedekah yang diberikan kepada seorang perempuan pezina. Sungguh aku akan bersedekah dengan suatu sedekah, lalu ia keluarkan sedekah, kemudian ia berikan ke tangan seorang berkecukupan. Lalu mereka memperkatakan kejadian itu : “ Engkau semalam telah memberikan sedekah kepada seseorang yang berkecukupan. Lalu baginda bersabda “ Wahai Tuhanku, bagi-Mulah segala puji, kerana orang itu telah memberikan sedekah kepada seorang pencuri, seorang perempuan pezina dan seorang yang berkecukupan. Lalu dikatakan kepadanya : “ Adapun sedekahmu kepada seorang pencuri, maka mudah-mudahan si pencuri itu akan menghentikan dirinya dari perbuatan mencuri. Adapun sedekahmu kepada seorang perempuan pezina, mudah-mudahan dapat mencegah perempuan itu dari perbuatan zina ; sedangkan sedekahmu kepada orang yang berkecukupan , maka mudah-mudahan orang itu mengambil pelajaran dari kejadian itu, sehingga mahu mengeluarkan derma dari harta yang Allah berikan kepadanya .” ( HR Bukhari Muslim , tetapi lafaz ini ada pada sisi Bukhari )
Dan pada riwayat Muslim disebutkan : “ Adapun sedekahnya itu sesungguhnya telah diterima .”
Dari Anas bin Malik , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Hendaklah kalian bersedekah, kerana sesungguhnya sedekah itu merupakan tirai penyelamat kalian dari api neraka .”
( HR Baihaqi )
Dari Amr bin Auf, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Sesungguhnya sedekah seorang Muslim itu akan memanjang umurnya; dan mencegah dirinya dari kematian yang buruk; serta Allah jadikan dia sebagai penghapus dosa, kesombongan dan keangkuhan .” ( HR Thabrani )