Dari Abu Hurairah , ia berkata : Rasulullah SAW telah bersabda “ Tiada hari melainkan pasti ada dua malaikat yang turun dari langit . Salah seorangnya berkata : Allahunima A’thi munfiqan khalafan ( Ya Allah berikanlah pengganti kepada orang-orang yang berderma ) Sedangkan yang kedua berkata : Allahumma A’thi mumsikan talafan ( Ya Allah turunkanlah kebinasaan kepada orang-orang yang bakhil ) .” ( HR Bukhari dan Muslim )
Dari Ibnu Mas’ud , dia berkata : Nabi SAW masuk ke rumah Bilal dan di rumahnya terdapat semangkuk kurma . Lalu beliau bertanya : “ Barang apakah ini hai Bilal ?” Aku persiapkan untuk tamu-tamuku . Lalu Nabi bersabda : “ Tidaklah kamu takut kelak , kamu akan mendapatkan azab dari api neraka ? Bedermalah wahai Bilal dan janganlah engkau khuatir menjadi kekurangan dari pemberian Tuhan yang memiliki ‘Arasy’ .”
( HR Al Bazaar dengan sanad hasan ) Juga diriwayatkan oleh Thabrani
Dari Asma binti Abu Bakar , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Janganlah engkau tutup mangkukmu , supaya tiada tertutup rezeki bagi dirimu .” Dan pada riwayat lain disebut : “ Keluarkanlah derma atau bermurah hatilah kamu dan jangan kamu mengungkit-ungkit kerana kelak kamu akan diungkit oleh Allah ; dan janganlah kamu mengungkit-ungkit apa yang telah engkau berikan kepada orang kerana wngkau kelak akan diungkit oleh Allah .”(HR Bukhari & Muslim)
Ibnu Hiban meriwayatkan dari Anas : Sesungguhnya Nabi SAW tidak pernah menyiapkan makanan apa pun untuk persiapan besok pagi .” ( HR Ahmad & Abu Ya’la )
Dari Mas’ud bin Umar , dari Nabi SAW : Sesungguhnya pernah dibawa ke hadapan baginda jenazah seorang lelaki untuk disolatkan lalu Nabi bertanya : “ Berapakah harta peninggalan orang ini ?” Mereka menjawab : Dua dinar atau tiga dinar . Kemudian baginda bersabda : “ Ia telah meninggalkan 2 atau 3 eko kala jengking .” Lalu aku menemui Abdullah bin Qasm , seorang bekas hamba Abu Bakar , lalu ia berkata : Kerana lelaki tersebut dahulunya biasa meminta-minta kepada manusia untuk memperkaya dirinya .” ( HR Baihaqi,diantara perawinya adalah Yahya bin Abdul Hamid Al Hamani )
Dari Abdullah bin Amr : Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah : Manakah amalan Islam yang terbaik ?” Sabdanya : “ Engkau memberi makan kepada orang lain ; dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal mahupun yang tidak engkau kenal .” ( HR Bukhari dan Muslim )
Dari Abdullah bin Amr , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Barangsiapa memberi minum kepada saudaranya , hingga kenyang dan memberi minum kepadanya , hingga ia kenyang , pasti kelak Allah akan menjauhkan dia dari seksaan api neraka sejauh 7 khandak , masing-masing khandak jauhnya 100 tahun perjalanan .” ( HR Thabrani dan Abu Syaikh dan juga riwayat Baihaqi dan disahkan oleh Hakim )
Dari Abu Hurairah , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Pada hari kiamat kelak Allah akan berseru kepada manusia : “ Wahai Ibnu Adam , Aku dahulu sakit, tetapi engkau tidak menjenguk-Ku.” Lalu manusia berkata : Wahai Tuhanku, bagaimana aku menjenguk-Mu, padahal Engkau adalah Tuhan seru sekalian alam ? . Firman-Nya : “ Tidakkah engkau ketahui bahawa sesungguhnya hamba-Ku, si Fulan telah sakit,tetapi engkau tidak menjenguknya; tidakkah engkau ketahui bahawa sesungguhnya kalau kamu mahu menjenguknya, nescayalah engkau akan menemui Aku di sisinya. Wahai Ibnu Adam, Aku meminta makan kepadamu, tetapi engkau tidak memberi-Ku makan.” Lalu manusia berkata : Wahai Tuhanku, bagaimana aku memberi makan kepada-Mu, padahal Engkau Tuhan seru sekalian alam ? Firman-Nya : “ Tidakkah engkau ketahui sesungguhnya hamba-Ku si Fulan telah meminta makan kepadamu,tetapi engkau tidak mahu memberinya makan; tidakkah engkau ketahui, sesungguhnya kalau kamu mahu memberinya makan, nescaya engkau akan menemui hal itu di sisi-Ku. Wahai Ibnu Adam, Aku telah meminta minum kepadamu, tetapi kamu tidak mahu memberi minum kepada-Ku.” Lalu manusia berkata : Wahai Tuhanku, bagaimana aku memberi minum kepada-Mu, padahal engkau Tuhan seru sekalian alam? Lalu Tuhan berfirman : “ Telah meminta minum kepadamu hamba-Ku, si Fulan, tetapi engkau tidak memberinya minum. Bilamana engkau mahu memberinya minum, nescaya engkau akan mendapati hal itu di sisi-Ku .” (HR Muslim )