Forum Ehwal Islam Dalam Bahasa Kimaragang


PENDAKWAH akan mengadakan program Forum Ehwal Islam Dalam Bahasa Kimaragang di Masjid Kg. Salimandut, Tandek, Kota Marudu anjuran bersama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). 


Program ini dirasmikan oleh YBhg. Tuan Bainitin A. Halim Adun, Presiden Persatuan Kimaragan Sabah Bersatu merangap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu pada 17 Mac 2013, jam 10.00 pagi. Program seumpama ini adalah yang pertama diadakan di Sabah.

Program yang berlangsung selama 2 hari ini akan diisikan dengan pelbagai aktiviti ilmu yang mana pada hari pertama (16/3) aktiviti yang dijalankan ialah ceramah motivasi berkaitan pengurusan kehidupan, alam remaja dan pengaruh media massa kepada remaja yang akan disampaikan oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan.

Pelancaran akan berlangsung pada keesokannya harinya (17/3) dan seterusnya program utama akan dilangsungkan iaitu forum ehwal Islam yang menggunakan sepenuhnya bahasa Kimaragang sebagai bahasa pengantar.

Tujuan forum seumpama ini dibuat ialah untuk memberi peluang kepada orang-orang lama yang tidak fasih berbahasa melayu untuk bersoal jawab mengenai Islam dalam bahasa dusun. 

Melalui program ini juga diharapkan masyarakat Tandek dapat
  • Berkongsi pengalaman mengenai isu yang diketengahkan.
  • Mengikuti perbincangan isu yang diketengahkan sekaligus menambah pengetahuan.
  • Mengamalkan pengetahuan yang dipelajari dalam kehidupan seharian.
  • Menyedari tanggungjawab sebagai seorang muslim.
  • Membina keyakinan diri dan daya saing yang tinggi dalam diri pelajar untuk mencapai kecermerlanganakademik dan sahsiah.
Disamping perbincangan agama, secara langsung PENDAKWAH juga ingin melonjakkan martabat bahasa tempatan khususnya bahasa dusun kimaragang di wilayah Kimaragang itu sendiri.

Untuk menceriakan lagi program, PENDAKWAH telah menjemput artis dusun bertaraf antarabangsa berasal dari Ranau, Sabah iaitu Nazrey Johani (ex-Raihan) untuk menghiburkan hadirin yang datang.

Semua penduduk sekitar Tandek dan umumnya Kota Marudu serta daerah berhampiran seperti Pitas sangat dialu-alukan untuk hadir untuk memeriahkan program disamping menimba ilmu dari para penceramah dan panel forum.