Muslimin dan muslimat, program Ibadah Korban ini adalah kelangsungan program yang pernah dilakukan oleh Presiden PPIS, 3 tahun lalu.
Program ini juga merupakan program kali ke 4 yang melibatkan kampung2 masyarakat Dusun Islam di pedalaman Sabah, iaitu tempat yang belum pernah dibuat program korban sebelum ini.
PPIS mengajak muslimin dan muslimat yang mahu mengadakan ibadah korban tahun ini supaya bersama sama dengan PPIS. Semoga keterlibatan muslimin dan muslimat akan menyemarakkan lagi syiar dan dakwah di pedalaman Sabah.
Selain itu, PPIS juga menganjurkan pembelian 2 ekor lembu yang bukan diniatkan korban untuk dijamu kepada ahli keluarga saudara baru yang belum memeluk Islam ( dakwah bil hal ), sebagaimana pernah PPIS laksanakan sebelum ini, kerana kaedah ini berkesan dalam mengeratkan silaturahim sesama saudara baru dan keluarga mereka yang belum islam.
Cara pelaksanaan:-
- Daging korban diagihkan kepada setiap pintu rumah orang Islam beserta iringan buku atau risalah tentang ibadah Qurban.
- Aktiviti memasak daging dibuat berhampiran tempat penyembelihan bersama masyarakat Islam setempat beserta pengisian ceramah agama.
- Jamuan kepada ahli keluarga saudara baru yang bukan Islam.
Tempat2 Sasaran:-
- Kg. Malinsau, Ranau - 5 buah kampung terlibat.
- Kg. Gana, Tandek Kota Marudu.
- Kg. Boribi, Kanibongan, Pitas - 2 kampung terlibat.
- Kg. Nolotan, Tandek
- Kg. Tinutuan, Ranau
Harga binatang korban:-
- 1 ekor kambing, RM1200
- 1 ekor lembu, RM4000
- 1 bahagian lembu, RM 600
Nota:
Harga kambing dan lembu termasuk kos pembungkusan dan penghantaran ke kampung- kampung terlibat serta pembelian risalah atau buku- buku berkenaan. Sementara, 2 ekor lembu khas untuk masyarakat bukan Islam tidak ditentukan jumlah sumbangan, terpulang keikhlasan masing2 semata-mata niat dakwah.
Keterangan lanjut, sila hubungi:
019 8827449 atau emelkan pertanyaan ke alfaeh_one@yahoo.com