Kampung Kadayan, Kanibongan, Pitas



3 April 2013: Alhamdulillah. Musafir dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu, terus ke Pitas menuju Kanibongan. Perjalanan pergi balik hampir 500 kilometer. 

Sebuah kampung kami ziarahi selepas Puan Normala mengadu tentang keadaan kampung mereka. PPIS temui beliau tika itu di Kampung Boribi. Ternyata benar. 

Jumlah penduduk Islam lebih seratus orang termasuk kanak-kanak di sini tidak punya kemudahan surau. Begitu juga guru pembimbing agama. 

Menurut mereka, apabila berlaku kematian, mereka masing-masing akan menanam mayat di tanah mereka sendiri. 

Kita berharap agar pihak jabatan agama datang ke kampung ini untuk membanci dan memikirkan jalan agar mereka mendapat kemudahan guru.

Ingin melihat galeri gambar program ini? Klik sini.