Pengislaman Keluarga Josle Jali dari Kg. Dingai, Pitas



Josle Jali dari Kg. Dingai, Pitas memeluk Islam sebelum Jumaat hari ini, 12.4.2013 bersama ibu bapa beliau. Beberapa perkara menarik tentang beliau boleh kita ambil iktibar. 

Begitu jalan yang dilalui beliau, sehingga pernah timbul rasa kecewa kepada pihak berkaitan. Menurut Josle Jali, sudah beberapa kali beliau meminta pandangan, pendapat dan petunjuk kepada pihak berkaitan menerusi FB, bagaimana cara untuk beliau memeluk Islam, tetapi hanya jawapan “tunggu, akan diambil tindakan” yang diterimanya. 

Akhirnya, setelah beliau menjumpai FB Suara Mualaf Sabah bersama link dakwah di Pitas, aktiviti yang dibuat Persatuan Pendakwah Islam Sabah, barulah beliau mendapat jawapan jelas. 

Demikian penerangan beliau kepada kami. Insya Allah, kisah beliau mendapat hidayah akan dikongsikan kepada pembaca. 

Jika ingin membantu saudara ini bolehlah menyalurkannya di sini.

Untuk melihat gambar yang lain, klik sini.