Ada bemacam-macam agama di muka bumi ini dan diantaranya mendapat nama daripada seorang yang menjadi ‘pengasas‘ kepada agama itu atau daripada bangsa, kaum dan umat tertentu.
Sebagai contoh :
- Christianity daripada nama Jesus Christ.
- Buddhism daripada nama Gautama Buddha.
- Confucianism daripada nama ahli falsafah Cina, Confucius (Kǒng Fūzǐ).
- Yahudi daripada pengakuan satu kabilah yang dikenali dengan nama Kabilah Yahuda.
Manakala Islam namanya tidak tertakluk kepada seseorang pengasas agama atau bangsa/umat tertentu tetapi ‘sifat khas’ yang terkandung pada makna perkataan ‘Islam’. Islam itu sendiri mempunyai matlamat untuk ‘menghiasi’ semua umat dan penduduk bumi ini dengan menghiasi ‘sifat khas’ itu.
Sesiapa sahaja bersifat dengan sifat Islam ini tidak kira pada zaman lampau atau zaman kini, dikenali sebagai ‘Muslim’. Hatta orang pada masa depan jikalau bersifat dengan sifat ‘Islam’ ini juga akan dipanggil sebagai ‘Muslim’.
Apa yang dimaksudkan dengan perkataan ‘Islam’ di mana mengandungi ‘sifat yang khas’ itu?
Jika kita rujuk mana-mana kamus bahasa Arab, kita akan dapati maksudnya : ‘submit’/menyerah, patuh dan tunduk. Pada istilahnya : berserah, patuh dan tunduk kepada perintah dan larangan Pencipta Alam ini, Allah subhanahu wa taa’la tanpa bantahan; Inilah ‘sifat khas’ itu yang terkandung dlm ‘Islam’ !
Oleh sebab itu,
Adam a’laihi salam diciptakan oleh Allah subhanahu wa taala di dalam syurga, bermakna Adam a’laihi salam kenal Allah subhanahu wa taa’la adalah Tuhan dan Penciptanya. [Rujuk Quran : (2):3039 dan (7):1125] Maka, dia seorang ‘Muslim’.
Nuh a’laihi salam menyeru kaumnya supaya menyerah dan kembali hanya menyembah Allah subhanahu wa taa’la. [Rujuk Quran : surah Nuh(71)] Bermakna, Nuh a’laihi salam adalah seorang ‘Muslim’.
Ibrahim a’laihi salam; Allah subhanahu wa taa’la memerintahnya agar berserah diri; lalu Ibrahim menjawab :”aku berserah diri kepada Tuhan seluruh alam“.
[Rujuk Quran : (2):131] Maka, Ibrahim a’laihi salam adalah seorang ‘Muslim’.
[Rujuk Quran : (2):131] Maka, Ibrahim a’laihi salam adalah seorang ‘Muslim’.
Begitu juga dengan nabi dan rasul yang lain; Mereka adalah ‘Muslim’, sehingga nabi Muhamad ﷺ ; Baginda ﷺ tidak membawa sesuatu yang baru, bahkan Baginda ﷺ membawa Islam seperti nabi dan rasul sebelumnya, maka Baginda ﷺ juga seorang ‘Muslim’.
Disebabkan mereka adalah nabi dan rasul menghiasi diri dengan bersifat seorang yang patuh dan tunduk kepada Allah subhanahu wa taa’la, diberi tugas dan kekhususan agar ‘sifat Islam’ itu disampaikan kepada kaum dan umat yang tidak bersifat Islam, dengan makna lain, agar mereka menjadi ‘Muslim’.
Inilah Islam! Dan org yang beramal dan bersifat Islam itu dikenali sebagai Muslim!
Kita perhatikan para rasul sebelum nabi Muhamad ﷺ , berasal daripada bangsa dan kaum yang berbeza-beza, diutuskan agar meng’Islam’kan kaum mereka masing-masing.
Sebagai contoh, Salleh a’laihi salam kepada kaum Thamud.
- Hud a’laihi salam kepada kaum A’d.
- Nuh a’laihi salam kepada kaumnya dikenali sebagai kaum Nuh.
- Musa a’laihi salam kepada Bani Israel.
- I’sa a’laihi salam juga kepada Bani Israel.
Tetapi, Muhamad ﷺ , adalah rasul berbangsa Arab; juga merupakan penutup segala rasul, tiada nabi dan rasul selepasnya ﷺ ; dikenali sebagai Rasul akhir zaman ﷺ ;
Demikian itu, ‘mission‘ Baginda bukan setakat membawa Islam kepada kaumnya yang berbangsa Arab, malah dengan Islam, menjadi Rahmat untuk umat penduduk di muka bumi ini. [Rujuk Quran : (21):107]
Demikian itu, ‘mission‘ Baginda bukan setakat membawa Islam kepada kaumnya yang berbangsa Arab, malah dengan Islam, menjadi Rahmat untuk umat penduduk di muka bumi ini. [Rujuk Quran : (21):107]
Atas dasar kefahaman ini, berpandukan kita ini adalah umat akhir zaman, maka memang benarlah Islam itu BUKAN terletak secara ‘exclusive‘ pada satu bangsa, atau warna kulit, atau mana-mana kaum tertentu!
Tetapi perbezaan-perbezaan yang ada pada kita ini bukanlah untuk memandang rendah di mana kita sungguh berbeza antara satu sama lain.
CUMA, hanya sekadar untuk kita berkenalan satu sama lain.
CUMA, hanya sekadar untuk kita berkenalan satu sama lain.