Showing posts with label Tentang Islam. Show all posts
Showing posts with label Tentang Islam. Show all posts

Maksud Dakwah Mengikut Ilmuan Islam


Pengertian dakwah dari segi bahasa ialah berasal dari kata Arab seperti da’a, yad’u, da’watan yang membawa maksud menyeru, memanggil, mengajak, menjamu, memandu dan menjemput. 

Manakala maksud dakwah dari segi istilah pula ialah mendorong manusia agar berbuat kebajikan dan petunjuk. 

Menyuruh mereka berbuat yang ma`ruf dan mencegah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar, agar mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. 

Dalam erti kata yang lain pula, dakwah adalah mengajak umat manusia dengan hikmah dan kebijaksanaan untuk mengikuti petunjuk Allah dan Rasul-Nya.

Menurut Jum’ah Amin Abdul Aziz mengatakan bahawa dakwah Islamiah adalah risalah terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai wahyu dari Allah dalam bentuk kitab yang tidak ada kebatilan di dalamnya, baik di depan atau dibelakangnya, dengan kalam-Nya yang bernilai mukjizat dan yang ditulis di dalam mushaf yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad SAW dengan sanad yang mutawatir, bagi yang membacanya dinilai sebagai ibadah.

Dr. Ra’uf Shalabi menjelaskan bahawa dakwah Islamiah itu adalah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.

Ali Abdul Halim Mahmud pula mengatakan bahawa Dakwah ilallah bermaksud kita berdakwah agar manusia beriman kepada Allah, risalah yang dibawa para nabi dan rasul, taat pada apa-apa yang diperintahkan, berhenti total dari semua yang dilarang dan membenarkan seluruh perkataan utusan Allah tersebut. 

Arti berdakwah adalah mengajak kepada din Islam, penutup seluruh Kalamullah, serta agama yang paling sempurna dan syamil (komprehensif). Islam adalah agama yang telah Allah jamin penjagaannya, sedangkan agama-agama selain Islam diserahkan kepada para pemeluknya. Oleh kerana itu, hanya Islamlah yang akan tegak tanpa perubahan dan cacat.

Berdasarkan beberapa definisi yang telah diberikan di atas ini, maka kita dapat menyimpulkan bahawa dakwah itu adalah satu usaha mengajak manusia beriman kepada Allah dengan membenarkan segala apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW. 

Dakwah juga mengajak manusia mencontohi akhlak yang telah ditunjuk dan diajarkan oleh Rasulullah SAW. Dakwah dapat ditinjau dari dua sudut yang berbeza seperti :

Maksud dakwah secara umum, ialah sutu ilmu pengetahuan yang berisi kaedah-kaedah dan tuntunan-tuntunan bagaimana cara sebaiknya untuk pendakwah itu menarik perhatian atau minat seseorang untuk menganut, menyetujui dan melaksanakan suatu ideologi tertentu.

Dakwah menurut Islam pula ialah mengajak seseorang dengan penuh kebijaksanaan ke arah jalan yang benar sesuai dengan perintah Allah untuk kemaslahatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Allah mengajak hamba-Nya untuk melakukan sesuatu yang membolehkan mereka masuk ke syurga, seperti berpegang teguh kepada ajaran Islam. 

Dengan agama inilah, Allah mengutuskan para rasul untuk menyeru sekelian umat manusia ke jalan yang diredhoi Allah dan meninggalkan segela perkara yang dilarang oleh-Nya. 

Beruntunglah bagi sesiapa yang membenarkan seruan tersebut. Firman Allah yang berbunyi :

“Dan sesiapa Yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana Sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah Yang tetap menang.” (Al-Maidah : 56)

Zaman moden ini, dakwah sangat diperlukan untuk membendung segala masalah keruntuhan Akhlak yang semakin berleluasa. 

Kalaulah konsep dakwah ini tidak digunakan dengan penuh hikmah dan penuh kebijaksanaan, maka kemungkinan besar, ia belum tentu dapat mengatasi masalah sosial ini. Ini menunjukkan bahawa seorang pendakwah perlu mempunyai persediaan dan jati diri yang kuat. 

Bukan mudah hendak berdepan dengan manusia ini, kerana ia mempunyai berbagai karenah dan berbagai rintangan yang perlu dihadapi oleh pendakwah, jika tidak mempunyai persiapan yang rapi, maka seseorang pendakwah itu akan mengalami kekalahan atau kekecewaan dan ia juga tidak sanggup lagi untuk menghadapi masalah ini.

Nabi Yusof telah menunjukkan satu tauladan yang sangat bermakna kepada para pendakwah sekalian, walaupun Baginda di penjarakan dengan sebab difitnah oleh seorang isteri raja ketika itu, tetapi Baginda tidak berputus asa dan Baginda meneruskan usaha dakwahnya di dalam penjara tersebut. 

Kisah ini telah dirakamkan oleh Allah dalam Al-Quran yang berbunyi :

"Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak Aku kepada-Nya. dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin Aku akan cenderung kepada mereka, dan Aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya". (Yusof : 33)

Kenapa Islam?


Ada bemacam-macam agama di muka bumi ini dan diantaranya mendapat nama daripada seorang yang menjadi ‘pengasas‘ kepada agama itu atau daripada bangsa, kaum dan umat tertentu.

Sebagai contoh :
  • Christianity daripada nama Jesus Christ.
  • Buddhism daripada nama Gautama Buddha.
  • Confucianism daripada nama ahli falsafah Cina, Confucius (Kǒng Fūzǐ).
  • Yahudi daripada pengakuan satu kabilah yang dikenali dengan nama Kabilah Yahuda.
Manakala Islam namanya tidak tertakluk kepada seseorang pengasas agama atau bangsa/umat tertentu tetapi ‘sifat khas’ yang terkandung pada makna perkataan ‘Islam’.  Islam itu sendiri mempunyai matlamat untuk ‘menghiasi’ semua umat dan penduduk bumi ini dengan menghiasi ‘sifat khas’ itu.

Sesiapa sahaja bersifat dengan sifat Islam ini tidak kira pada zaman lampau atau zaman kini, dikenali sebagai ‘Muslim’. Hatta orang pada masa depan jikalau bersifat dengan sifat ‘Islam’ ini juga akan dipanggil sebagai ‘Muslim’.

Apa yang dimaksudkan dengan perkataan ‘Islam’ di mana mengandungi ‘sifat yang khas’ itu?

Jika kita rujuk mana-mana kamus bahasa Arab, kita akan dapati maksudnya : ‘submit’/menyerah, patuh dan tunduk. Pada istilahnya : berserah, patuh dan tunduk kepada perintah dan larangan Pencipta Alam ini, Allah subhanahu wa taa’la tanpa bantahan; Inilah ‘sifat khas’ itu yang terkandung dlm ‘Islam’ !

Oleh sebab itu,

Adam a’laihi salam diciptakan oleh Allah subhanahu wa taala di dalam syurga, bermakna Adam a’laihi salam kenal Allah subhanahu wa taa’la adalah Tuhan dan Penciptanya. [Rujuk Quran : (2):3039 dan (7):1125] Maka, dia seorang ‘Muslim’.

Nuh a’laihi salam menyeru kaumnya supaya menyerah dan kembali hanya menyembah Allah subhanahu wa taa’la. [Rujuk Quran : surah Nuh(71)] Bermakna, Nuh a’laihi salam adalah seorang ‘Muslim’.

Ibrahim a’laihi salam; Allah subhanahu wa taa’la memerintahnya agar berserah diri; lalu Ibrahim menjawab :”aku berserah diri kepada Tuhan seluruh alam“.

[Rujuk Quran : (2):131] Maka, Ibrahim a’laihi salam adalah seorang ‘Muslim’.

Begitu juga dengan nabi dan rasul yang lain; Mereka adalah ‘Muslim’, sehingga nabi Muhamad ﷺ ; Baginda ﷺ tidak membawa sesuatu yang baru, bahkan Baginda ﷺ membawa Islam seperti nabi dan rasul sebelumnya, maka Baginda ﷺ juga seorang ‘Muslim’.

Disebabkan mereka adalah nabi dan rasul menghiasi diri dengan bersifat seorang yang patuh dan tunduk kepada Allah subhanahu wa taa’la, diberi tugas dan kekhususan agar ‘sifat Islam’ itu disampaikan kepada kaum dan umat yang tidak bersifat Islam, dengan makna lain, agar mereka menjadi ‘Muslim’.

Inilah Islam! Dan org yang beramal dan bersifat Islam itu dikenali sebagai Muslim!

Kita perhatikan para rasul sebelum nabi Muhamad ﷺ , berasal daripada bangsa dan kaum yang berbeza-beza, diutuskan agar meng’Islam’kan kaum mereka masing-masing.

Sebagai contoh, Salleh a’laihi salam kepada kaum Thamud.
  • Hud a’laihi salam kepada kaum A’d.
  • Nuh a’laihi salam kepada kaumnya dikenali sebagai kaum Nuh.
  • Musa a’laihi salam kepada Bani Israel.
  • I’sa a’laihi salam juga kepada Bani Israel.
Tetapi, Muhamad ﷺ , adalah rasul berbangsa Arab; juga merupakan penutup segala rasul, tiada nabi dan rasul selepasnya ﷺ ; dikenali sebagai Rasul akhir zaman ﷺ ;

Demikian itu, ‘mission‘ Baginda bukan setakat membawa Islam kepada kaumnya yang berbangsa Arab, malah dengan Islam, menjadi Rahmat untuk umat penduduk di muka bumi ini. [Rujuk Quran : (21):107]

Atas dasar kefahaman ini, berpandukan kita ini adalah umat akhir zaman, maka memang benarlah Islam itu BUKAN terletak secara ‘exclusive‘ pada satu bangsa, atau warna kulit, atau mana-mana kaum tertentu!

Tetapi perbezaan-perbezaan yang ada pada kita ini bukanlah untuk memandang rendah di mana kita sungguh berbeza antara satu sama lain.

CUMA, hanya sekadar untuk kita berkenalan satu sama lain.