Berjiwa Rakyat


Pada suatu hari, Umar al-Khattab naik mimbar dan berkhutbah.

“Wahai, kaum Muslimin! Apakah tindakanmu apabila aku memiringkan kepalaku ke arah dunia seperti ini?” (lalu beliau memiringkan kepalanya).

Seorang sahabat menghunus pedangnya. Sambil mengisyaratkan gerakan memotong leher, ia berkata, "Kami akan melakukan ini.”

“Maksudnya, kau akan melakukannya terhadapku?” Umar bertanya.

“Ya!” Orang itu menjawab.

Lalu Umar berkata, “Semoga Allah memberimu rahmat! Alhamdulillah, kerana ada rakyatku yang boleh meluruskan perjalananku apabila menyimpang dari kebenaran.”

Nota

Dalam Buku The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History, Umar Al-Khattab telah diletakkan dalam senarai 100 pemimpin agung dunia pada kedudukan ke-52 yang mana Rasulullah S.A.W adalah yang teragung. Buku ini ditulis oleh Michael H Hart.