JHEAINS perlu percepatkan siasatan dan menyelesaikan masalah yang diadukan


KOTA KINABALU: Bahagian Penguatkuasa & Penyiasatan Ibu Pejabat JHEAINS Kota Kinabalu digesa agar mempercepatkan siasatan aduan yang diterima daripada mana-mana pihak sebagaimana fungsi bahagian ini, tanpa mengira latar belakang, jawatan dan kedudukan pihak terbabit. 

Tegas Nazri Abdullah (Presiden Pendakwah) ketika mengulas fungsi Bahagian Penguatkuasa & Penyiasatan di setiap bahagian seluruh Sabah, sepatutnya setiap aduan yang diterima tidak perlu menunggu masa yang lama sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan dengan alasan kekurangan bukti. 

Pihak terbabit boleh dipanggil serta-merta untuk mendapatkan keterangan. “Saya khuatir, sekiranya melibatkan perkahwinan tidak sah, kemungkinan akan menyebabkan kes kandungan anak luar nikah kerana kelewatan pihak penguatkuasa bertindak”, katanya.

Sementara penguatkuasa daerah pula, mereka tidak harus menunggu aduan untuk bertindak. Sepatutnya, apabila mendengar keterlibatan imam-imam kariah dalam hal ini, tindakan segera harus diambil. 

Usah sampai isu-isu berkaitan menjadi bahan cerita di pasar-pasar ikan sehingga mencemarkan Islam.

Jelas, fungsi bahagian ini bukan saja menerima laporan dan aduan tetapi boleh menyediakan laporan tangkapan. Fungsi Penguatkuasa & Penyiasatan JHEAINS:

  1. Menguatkuasakan Enakmen Undang-undang Islam Negeri Sabah.
  2. Menerima sebarang aduan kesalahan jenayah syariah.
  3. Melaksanakan aktiviti risikan, intipan, serbuan, tangkapan dan menyediakan laporan tangkapan.
  4. Menerima sebarang aduan kesalahan jenayah syariah.
  5. Menyiasat aduan kesalahan jenayah syariah.
  6. Melaksanakan aktiviti siasatan terhadap pihak yang berkaitan dengan kes siasatan.
  7. Menyediakan kertas siasatan (IP) Tangkapan dan Aduan.
Mohd. Nazri Abdullah
Presiden PPIS