Showing posts with label Kenyataan Rasmi. Show all posts
Showing posts with label Kenyataan Rasmi. Show all posts

Penyerahan Motor Dakwah


Alhamdulillah, penghujung 2013 melakar sejarah apabila hasrat Mohd. Nazri Abdullah mendapatkan motor terpakai untuk kegunaan dakwah termakbul. Seorang dermawan telah membiayai pembelian motor terpakai secara tunai pada Disember lalu. 

Motor ini, seperti yang dicadangkan Mohd Nazri akan digunakan untuk operasi dakwah di kawasan-kawasan pedalaman yang dikenalpasti. 

Selaku Presiden PPIS, Mohd. Nazri menyatakan bahawa pada 2014 ini, PPIS akan berusaha mendapatkan sekurang-kurangnya10 buah motor untuk diagihkan kepada para pendakwah di pedalaman yang tidak mempunyai kenderaan. 


Begitu katanya dalam majlis ringkas penyerahan motor yang terpakai kepada salah seorang pendakwah yang aktif berdakwah di pedalaman, awal 2014 lalu.

Sebagai makluman, harga semasa sebuah motor terpakai ialah RM4, 500. Dengan adanya motor ini, diharapkan liputan dakwah akan lebih luas. Jika sebelum ini hanya 2 buah kampung yang dapat diziarahi tetapi, selepas bermotor pendakwah tersebut boleh bergerak ke 3 atau 4 kawasan sehari.

Selain itu, PPIS telahpun merangka beberapa program termasuklah Jelajah Dakwah Bermotor di beberapa kawasan pedalaman Sabah.

Untuk tujuan ini, PPIS melancarkan Tabung Operasi Dakwah Bermotor Pedalaman Sabah. Muslimin muslimat boleh menyalurkan sumbangan terus ke akaun PPIS. Sila PM atau smskan butiran sumbangan sejurus selepas menyumbang untuk makluman serta kemaskinian jumlah.

Tel: 019-8827449

MAYBANK - PERSATUAN PENDAKWAH ISLAM SABAH > 560269002818
BANK ISLAM - PERSATUAN PENDAKWAH ISLAM SABAH > 1001602096785-6

Mohd. Nazri Abdullah
Presiden PPIS

Gambar sepasang kaki memijak al-kitab perlu disiasat


Kota Kinabalu, 27 Feb 2013: Ekoran isu seruan merampas dan membakar al Kitab oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali lalu, kita sekali lagi dikejutkan dengan sebaran gambar sepasang kaki memijak al Kitab di alam maya . 

Kita tidak pasti sama ada gambar itu dilakukan rakyat Malaysia atau luar negara. Namun, ulasan umum mengaitkan tindakan itu dilakukan pihak PERKASA.

Sebelum ada siasatan dilakukan, seharusnya perbuatan yang jelas tidak bermoral ini tidak dikaitkan dengan mana-mana kumpulan atau pertubuhan walaupun sebelum ini pihak PERKASA ada menyarankan supaya umat Islam bertindak merampas dan membakar al Kitab.

PENDAKWAH dalam hal ini menggesa supaya pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak menyelidik penyebar gambar tersebut atas kapasiti keupayaan SKMM untuk diambil tindakan bagi mengelakkan ada pihak tertentu yang sengaja mengambil kesempatan menuding jari kepada mana-mana kumpulan atau pertubuhan. 

Demikian ulasan Presiden Pendakwah Islam Sabah (PENDAKWAH), Mohd. Nazri Abdullah dalam kenyataannya ketika dihubungi media PPIS dan diminta mengulas tentang penyebaran gambar berkaitan.

Tambah beliau, adalah tidak adil jika pelaku perbuatan itu difokuskan kepada PERKASA atau mana-mana kumpulan dan individu Islam tanpa bukti. 

PENDAKWAH menyeru agar umat Islam tidak turut serta menyebarluas gambar itu serta tidak bertindak di luar perhitungan undang-undang.

Tambahnya lagi, siapapun dalam kalangan manusia yang tidak cintakan keamanan dan perpaduan boleh mengambil kesempatan memporak-perandakan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini menggunakan isu kalimah Allah.

Mohd. Nazri Abdullah
Presiden PPIS

JHEAINS perlu percepatkan siasatan dan menyelesaikan masalah yang diadukan


KOTA KINABALU: Bahagian Penguatkuasa & Penyiasatan Ibu Pejabat JHEAINS Kota Kinabalu digesa agar mempercepatkan siasatan aduan yang diterima daripada mana-mana pihak sebagaimana fungsi bahagian ini, tanpa mengira latar belakang, jawatan dan kedudukan pihak terbabit. 

Tegas Nazri Abdullah (Presiden Pendakwah) ketika mengulas fungsi Bahagian Penguatkuasa & Penyiasatan di setiap bahagian seluruh Sabah, sepatutnya setiap aduan yang diterima tidak perlu menunggu masa yang lama sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan dengan alasan kekurangan bukti. 

Pihak terbabit boleh dipanggil serta-merta untuk mendapatkan keterangan. “Saya khuatir, sekiranya melibatkan perkahwinan tidak sah, kemungkinan akan menyebabkan kes kandungan anak luar nikah kerana kelewatan pihak penguatkuasa bertindak”, katanya.

Sementara penguatkuasa daerah pula, mereka tidak harus menunggu aduan untuk bertindak. Sepatutnya, apabila mendengar keterlibatan imam-imam kariah dalam hal ini, tindakan segera harus diambil. 

Usah sampai isu-isu berkaitan menjadi bahan cerita di pasar-pasar ikan sehingga mencemarkan Islam.

Jelas, fungsi bahagian ini bukan saja menerima laporan dan aduan tetapi boleh menyediakan laporan tangkapan. Fungsi Penguatkuasa & Penyiasatan JHEAINS:

  1. Menguatkuasakan Enakmen Undang-undang Islam Negeri Sabah.
  2. Menerima sebarang aduan kesalahan jenayah syariah.
  3. Melaksanakan aktiviti risikan, intipan, serbuan, tangkapan dan menyediakan laporan tangkapan.
  4. Menerima sebarang aduan kesalahan jenayah syariah.
  5. Menyiasat aduan kesalahan jenayah syariah.
  6. Melaksanakan aktiviti siasatan terhadap pihak yang berkaitan dengan kes siasatan.
  7. Menyediakan kertas siasatan (IP) Tangkapan dan Aduan.
Mohd. Nazri Abdullah
Presiden PPIS

Ibrahim Ali wajar undur diri dari Perkasa untuk menyelamatkan maruah Islam


KOTA KINABALU: Seruan Presiden PERKASA, Ibrahim Ali merampas dan membakar alKitab yang mengandungi perkataan Allah tersiar di akhbar, blog, web, facebook baru-baru ini telah mengundang pelbagai reaksi dan sikap dalam kalangan pembaca. 

Bukan saja penganut agama Kristian, bahkan orang-orang Islam turut melontar pandangan keresahan dan kekhuatiran melampau.

Oleh itu, Ibrahim Ali wajar menarik balik kenyataan tersebut sekaligus memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia berbilang kaum dan fahaman agama. 

Kenyataan beliau bukan saja bertentangan dengan ajaran Islam tetapi mengundang perasaan benci dan kurang senang sekalipun beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai tanda menjaga kesucian Islam berikutan pengunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. 

Namun, umum tahu beliau bukanlah seorang yang berwibawa dalam mengupas dan memberi hukum terhadap perkara tersebut kerana perkara ini sewajarnya diserahkan kepada ‘yang ahli’ untuk mendapatkan hukum sebenar penggunaan kalimah Allah berpandukan Al-Qur’an, hadis dan kitab-kitab mukhtabar.

Apa yang berlaku sehingga kini, keputusan isu ini masih belum menyeluruh. Walaupun ada sebahagian tokoh menyatakan tidak boleh, tetapi tiada seruan atau kenyataan yang keluar dari mulut mereka meminta merampas dan membakar al-Kitab sebagaimana dinyatakan oleh Ibrahim Ali. 

Apa yang jelas, Islam tidak sewenang-wenangnya bertindak dalam apa juga urusan melainkan setelah dimusyawarahkan dengan penuh maklumat. 

Ia sebagaimana sunnah Rasulullah SAW berhadapan dengan kaum musyrikin dengan mengutus surat dan wakil kepada ketua-ketua suku sewaktu itu. Wakil utusannya bukan sekadar pembawa surat tetapi berilmu dan berkemampuan.

Di Sabah, berdasarkan tinjauan PENDAKWAH menerusi ulasan maya yang dilontarkan berkaitan isu ini, ia secara langsung telah menyumbang pembantutan dakwah. 

Pihak jabatan agama harus mengambil tindakan wajar terhadap beliau sementara ahli-ahli Perkasa perlu memperhalusi kredibiliti Ibrahim sebagai Presiden Perkasa agar pertubuhan itu tidak dianggap sebagai pertubuhan pemecah belah perpaduan di Malaysia.

Mohd. Nazri Abdullah
Presiden PPIS

Ulasan Presiden Pendakwah Berkaitan Kenyataan Ibrahim Ali


KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Pendakwah Islam Sabah, Mohd Nazri Abdullah dalam kenyataan sulungnya mengulas kenyataan Ibrahim Ali ketika program Konvensyen Transformasi Ekonomi dan Pendidikan Melayu Pulau Pinang yang menyeru umat Islam merampas dan membakar al-Kitab, menyatakan ia adalah keterlaluan dan bukan dari ajaran Islam. 

Kenyataan Presiden Perkasa itu seperti yang dilaporkan oleh FMT.

Tambah Nazri lagi, dalam kemelut isu penggunaan kalimah Allah di negara ini, sepatutnya para alim ulama dalam kalangan umat Islam di semua peringkat di Malaysia tampil secara sepakat memutuskan kedudukan penggunaan kalimah Allah berdasarkan Qur’an dan hadis bukannya membiarkan ahli politik atau orang-orang yang berkepentingan duniawi sewenang-wenang mengulas isu ini.

Paling malang lagi jika mahkamah dijadikan sumber utama rujukan kebenaran kerana tidak mungkin perkara yang melibatkan hukum Allah diputuskan oleh manusia.

Tambah Nazri lagi, umat Islam yang tidak berkeupayaan membahaskan satu-satu isu khususnya melibatkan hukum sepatutnya mengambil jalan bertawakuf agar tidak tergelincir.


Di Sabah khususnya dalam kalangan saudara, kenyataan Ibrahim Ali bukan saja boleh memecah belah hubungan kekeluargaan bahkan boleh menimbulkan permusuhan kerana, masih ada dalam kalangan saudara baru yang tinggal serumah dengan keluarga mereka yang beragama Kristian.

Islam sendiri melarang umatnya menghina agama dan kepercayaan penganut lain justeru perbuatan seperti itu akan mendorong mereka bertindak balas sekali gus merugikan umat Islam. Islam adalah agama dakwah, bukan pencetus permusuhan.

Allah berfirman dalam surah Al-An’am ayat 108:

وَلاَ تَسُبُّوْا الَّذِيْنَ يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ فَيَسُبُّوْا اللهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah selain Allah, kerana kelak mereka akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.

Berikut adalah kenyataan Ibrahim Ali di FMT

PERMATANG PAUH: Perkasa president Ibrahim Ali has called on Muslims to seize and burn copies of Bibles which contain the term “Allah” or other Arabic religious words.

Stressing that he was not instigating communal tension, the Pasir Mas MP insisted that it was the only way to stop non-Muslims from stirring the sensitivities and sentiments of the majority of population in the country.

He said certain non-Muslim groups were out to provoke the Muslims by using the term “Allah” or any other Arabic religious words in the Bible.

Under the Non-Islamic Religion (Control on Expansion Among Muslims) Act 1988, he said non-Muslims are prohibited from using several Arabic religious terms, including Allah, in their prayers or scriptures.

“Muslims must unite to protect their religion. They must seize those Bibles, including the Malay editions, which contained the term Allah and other Arabic religious terms, and burn them.

“This is the way to show our anger against disrespect to our sensitivity,” he told a press conference after delivering his presidential speech at a Perkasa convention here today.

Mohd. Nazri Abdullah
Presiden PPIS